Friday, June 18, 2010

"ACTION PLAN" Untuk Menguruskan Projek - Basic

Assalamualaikum..

Hari ini saya akan berkongsi ilmu berkaitan dengan Pengurusan Projek atau Kerja dalam Penyelesaian Masalah (Problem Solving) iaitu ACTION PLAN. Kaedah ini boleh diaplikasi oleh semua org terutamanya pengurus projek, ketua projek dan lain-lain.

Action Plan ini boleh membantu kita untuk memastikan kerja-kerja yang perlu dilakukan dalam sesuatu projek itu siap pada masa yang ditentukan. Ia juga memudahkn kita untuk melihat sekiranya terdapat kerja-kerja yang tertangguh. 4W & 1H akan digunapakai dalam kaedah ini dimana What, Who, Why, When, Where, How. Cara-cara untuk menggunakan 4W & 1H ini adalah seperti berikut:
  • What (Apa) - Perkara berbangkit
  • Who (Siapa) - Tindakan ke atas siapa? Siapa yang terlibat?
  • When (Bila) - Tarikh atau masa untuk bertindak
  • Where (Di mana) - Tempat untuk bertindak
  • How (Bagaimana) - Cara-cara untuk menyelesaikan masalah itu.


Contoh:
  • What (Apa) - Ahmad must join team building program to improve skill in team work and to get good Ahmad (Ahmad perlu sertai program "team building" untuk meningkatkan kemhirannya dalam kerja kumpulan dan mendapat ahmad yang lebih bagus.)
  • Who (Siapa) - Ahmad and choosen employee (Ahmad dan perkerja lain yang terpilih)
  • When (Bila) - Date or maybe 2 times per year (Tarikh atau 2 kali setahun)
  • Where (Di mana) - Pulau Pangkor
  • How (Bagaimana) - Create Proposal for the program, Send the proposal, Approved,(Hasilkan proposal program, hantar proposal, proposal diluluskan)

Action plan ini perlu dilakukan dalam bentuk jadual supaya ia mudah diselia oleh mana-mana pihak terutamanya Pengurus Projek. Berikut adalah contoh jadual yang dihasilkan dengan menggunakan Microfoft Excel:

Coloumn "Status" adalah untuk ruangan status kerja sama ada "Done" (Siap) atau "Pending" (Belum Siap). Jadual ini boleh dibina dengan menggunakan Microsoft Excel atau dilukis sendiri. Saya mencadangkan ia dibina dengan menggunakan Microsoft Excel supaya dapat memudahkan penyelia untuk mengubahsuai dan ia nampak lebih teratur dan kemas.



nurullahz

No comments:

Post a Comment