Showing posts with label Blog's Info. Show all posts
Showing posts with label Blog's Info. Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

Saya akan mula menulis artikel berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


Assalamualaikum...

Di sini saya ingin memberitahu/mengumumkan bahawa saya akan cuba untuk menulis artikel berkaitan "Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan" (Occupational Safety and Health - OSH).

Tujuan saya adalah untuk berkongsi ilmu OSH ini kepada pembaca dan akan membantu saya supaya lebih mudah ingat perkara-perkara yang berkaitan dengan OSH ini. insyaAllah..

OSH ini adalah amat penting terutamanya di tempat kita bekerja. Oleh itu saya berharap ilmu-ilmu yang akan saya kongsi ini dapat membantu pembaca memahami kepentingan ilmu ini. Mungkin juga kita boleh berbincang bersama apa-apa perkara yang tidak jelas berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini. Semoga Allah permudahkan..


nurullahz

Wednesday, June 9, 2010

"Header" nurullahz.blogspot.com dikemaskini.


Assalamualaikum..
Hari ini saya berhajat untuk mengemaskini blog ini. Tidak kira la tulis artikel baru atau edit template, yang penting saya perlu kemaskini blog ini. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menukar header lama blog ini kepada header yang saya reka sendiri. Berikut adalah header asal blog ini.



Di bawah ini pula adalah header yang baru saya buat dan dibantu oleh esanstudio.


.
Di kiri header baru ini saya letakkan nama blog ini dan tulisan "show us the straight way" pula saya ambil dari surah al-fatihah yang bermakna "tunjukkan lah kami jalan yang lurus" dengan harapan dapat mengingatkan diri saya dan pembaca supaya sentiasa berdoa kepada Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus dan benar, iaitu jalan yang diredhai.

Di kanan header ini pula saya isikan tajuk dan penerangan blog ini yang bermaksud kita sebagai hamba Allah perlu sentiasa mencari cahaya petunjuk dan keredhaan Allah s.w.t. InsyaAllah...


nurullahz




Saturday, June 5, 2010

Artikel pertama di nurullahz.blogspot.com

Picture Source : Brewing sensation by =PierreDevlin (Deviantart)


Assalamualaikum.

Bismillah.....

Saya akan cuba berkongsi seberapa banyak ilmu di blog ini. Antara ilmu-ilmu yang mungkin akan dikongsi adalah seperti berikut:

  • ilmu-ilmu islam
  • software kejuruteraan seperti Autocad, solidworks dan sbg
  • software pengurusan seperti Microsoft Project
  • software komputer yang biasa kita gunakan
  • ilmu-ilmu kejuruteraan



Senarai ini hanya target saya. Sekiranya saya tidak mampu melaksanakannya, maafkan saya.
Saya tidaklah pandai dalam perkara-perkara yang saya senaraikan di atas dan mungkin juga saya tidak tahu langsung. Tetapi saya ingin belajar dan berkongsi. Semoga Allah permudahkan.

InsyaAllah....

nurullahz